Hubungan antara sekolah dan masyarakat merupakan
satu bentuk jaringan yang kompleks. Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi
antara pihak sekolah dengan pihak-pihak luar sekolah terutamanya ibu bapa,
penjaga, dan komuniti-komuniti dalam masyarakat. Pengetua sebagai agen utama
yang perlu menginisiatifkan pembinaan hubungan yang baik dengan pihak-pihak di
luar sekolah. Walau bagaimanapun, guru-guru juga boleh memainkan peranan yang
signifikan ke arah hubungan sedemikian.
2.1.1
Kerjasama Sekolah dengan Masyarakat
Sekolah
ialah merupakan institusi pendidikan yang ditubuhkan berlandaskan kehendak
masyarakat. Perkembangan dan kemajuan masyarakat pula bergantung kepada
sumbangan sekolah yng ditubuhkan. Hal ini dikatakatan sedemikian kerana,
sekolah boleh menyalurkan perkhidmatan kepada masyarakat melalui
persatuan-persatuan pakaian seragam sekolah seperti Persatuan Bulan Sabit
Merah, Pengakap, Pandu Puteri, St John, dan juga Pancaragam Sekolah di mana ia
nya merangkumi tenaga guru sebagai pengajar apabila mereka terlibat dalam
mengadakan aktiviti kebudayaan dan juga perayaan.
Sekolah
juga boleh meminjamkan kemudahan-kemudahan seperti dewan, padang dan juga
gelanggang sekolah bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan bersama komuniti
setempat. Dengan ini, masyarakat boleh menyalurkan derma serta bantuan bagi
melancarkan projek sekolah dan juga membantu dalam pembangunan sekolah. Pihak
komuniti luar seperti stesen radio, muzium-muzium serta galeri seni juga boleh
dibuka bagi membolehkan pelajar untuk membuat aktiviti lawatan sambil belajar.
2.1.2 Konsep Sekolah Sebagai Masyarakat Kecil
Sekolah
adalah merupakan sebuah institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh masyarakat.
Hal ini kerana, sekolah juga merupakan salah sebuah komuniti dalam masyarakat.
Sekolah dianggap sebagai komuniti kerana mempunyai ciri-ciri seperti sekolah
terdiri daripada anggotanya di mana Guru Besar atau Pengetua menjadi pemimpin
yang seterusnya diikuti guru-guru, kakitangan sekolah dan juga murid. Sekolah
juga mempunyai peraturan-peraturannya tersendiri di mana ia nya perlu dipatuhi.
Semua anggota sekolah berinteraksi di dalam satu kawasan sekolah yang sama dan
Pengetua, guru-guru, kakitangan sekolah serta murid menjalankan tugas
masing-masing yang berpandukan peranan serta tanggungjawab yg telah ditetapkan
dan ia nya juga mempunyai saling keberkaitan antara satu sama lain. Sekolah
juga mempunyi nilai dn juga norma yang tersendiri untuk pelajarnya.
2.1.3 Situasi Hubungan Sekolah dengan Masyarakat
Selain
daripada berfungsi sebagai komuniti kepada masyarakat, sekolah juga merupakan
matlamat, hasrat dan juga aspirasi kepada masyarakat. Hal ini dikatakan
sedemikian kerana, sekolah telah menyediakan pelajaran secara formal untuk
melahirkan tenaga rakyat yang berkemahiran dan juga berpengetahuan tinggi.
Kurikulum sekolah yang sejajar juga turut mengekalkan nilai, norma, kebudayaan
dan falsafah hidup dalam masyarakat. Sekolah juga berperanan dalam memberi
pertolongan kepada masyarakat dalam aktiviti-aktiviti kemanusiaan seperti
khidmat bakti di rumah orang tua, lawatan ke pusat OKU (Orang Kurang Upaya),
mengecat balairaya dan juga sebagainya.
Di
samping itu, sekolah juga bertindak selaku agen perubahan yang menerap dan
memupuk ilmu dan idea-idea baru serta nilai-nilai murni. Dalam hal ini, guru
berusaha mencari dan menggunakan teknik serta kaedah baru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat murid. Seterusnya, sekolah juga
mengendalikan bantuan kewangan kepada murid yang kurang berkemampuan
terutamanya PIBG sekaligus menonjolkan usaha sekolah ke arah membentuk
masyarakat penyayang. Sesi bimbingan dan kaunseling diberikan kepada murid yang
bermasalah. Hal ini dapat memupuk sikap simpati di dalam kalangan murid dengan
mngadakan lawatan ke rumah ornag tua, rumah anak yatim bagi menggalakkan mereka
untuk dapat menderma.
RUJUKAN
Hasmizi Abdul Hamid. (2011, January 6). Sekolah dan
Masyarakat adalah dua entiti yang saling memerlukan. http://miji75tm.blogspot.com/2011/01/sekolah-dan-masyarakat-adalah-dua.html
[Diakses pada 2021, April 25]
Eow Yee Leng, Chuah Beng Ean. (2017,
January). Penglibatan Ibu Bapa Dan Komuniti Dalam Memperkasakan Sekolah. https://www.researchgate.net/publication/319794654_PENGLIBATAN_IBU_BAPA_DAN_KOMUNITI_DALAM_MEMPERKASAKAN_SEKOLAHPENGLIBATAN_IBU_BAPA_DAN_KOMUNITI_DALAM_MEMPERKASAKAN_SEKOLAH
[Diakses pada 2021, April 25]
Jessica Jawing. ( May, 11). Hubungan
baik pihak sekolah, ibu bapa penting. https://www.utusanborneo.com.my/2016/11/05/hubungan-baik-pihak-sekolah-ibu-bapa-penting
[Diakses pada 2021, April 25]
Zumurni Hamzah. (2016, Julai 21).
Hubungan baik ibu bapa dengan guru mempengaruhi kejayaan anak. https://www.gpsbestari.com/aktiviti/sekolah/hubungan-baik-ibu-bapa-dengan-guru-pengaruhi-kejayaan-anak-1.543731
[Diakses pada 2021, April 25]