Tuesday, June 1, 2021

HUBUNGAN PIHAK SEKOLAH DAN MASYARAKAT


      Hubungan antara sekolah dan masyarakat merupakan satu bentuk jaringan yang kompleks. Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara pihak sekolah dengan pihak-pihak luar sekolah terutamanya ibu bapa, penjaga, dan komuniti-komuniti dalam masyarakat. Pengetua sebagai agen utama yang perlu menginisiatifkan pembinaan hubungan yang baik dengan pihak-pihak di luar sekolah. Walau bagaimanapun, guru-guru juga boleh memainkan peranan yang signifikan ke arah hubungan sedemikian. 


   2.1.1 Kerjasama Sekolah dengan Masyarakat

     Sekolah ialah merupakan institusi pendidikan yang ditubuhkan berlandaskan kehendak masyarakat. Perkembangan dan kemajuan masyarakat pula bergantung kepada sumbangan sekolah yng ditubuhkan. Hal ini dikatakatan sedemikian kerana, sekolah boleh menyalurkan perkhidmatan kepada masyarakat melalui persatuan-persatuan pakaian seragam sekolah seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, Pengakap, Pandu Puteri, St John, dan juga Pancaragam Sekolah di mana ia nya merangkumi tenaga guru sebagai pengajar apabila mereka terlibat dalam mengadakan aktiviti kebudayaan dan juga perayaan.

Sekolah juga boleh meminjamkan kemudahan-kemudahan seperti dewan, padang dan juga gelanggang sekolah bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan bersama komuniti setempat. Dengan ini, masyarakat boleh menyalurkan derma serta bantuan bagi melancarkan projek sekolah dan juga membantu dalam pembangunan sekolah. Pihak komuniti luar seperti stesen radio, muzium-muzium serta galeri seni juga boleh dibuka bagi membolehkan pelajar untuk membuat aktiviti lawatan sambil belajar.


2.1.2 Konsep Sekolah Sebagai Masyarakat Kecil

Sekolah adalah merupakan sebuah institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh masyarakat. Hal ini kerana, sekolah juga merupakan salah sebuah komuniti dalam masyarakat. Sekolah dianggap sebagai komuniti kerana mempunyai ciri-ciri seperti sekolah terdiri daripada anggotanya di mana Guru Besar atau Pengetua menjadi pemimpin yang seterusnya diikuti guru-guru, kakitangan sekolah dan juga murid. Sekolah juga mempunyai peraturan-peraturannya tersendiri di mana ia nya perlu dipatuhi. Semua anggota sekolah berinteraksi di dalam satu kawasan sekolah yang sama dan Pengetua, guru-guru, kakitangan sekolah serta murid menjalankan tugas masing-masing yang berpandukan peranan serta tanggungjawab yg telah ditetapkan dan ia nya juga mempunyai saling keberkaitan antara satu sama lain. Sekolah juga mempunyi nilai dn juga norma yang tersendiri untuk pelajarnya.


2.1.3 Situasi Hubungan Sekolah dengan Masyarakat

Selain daripada berfungsi sebagai komuniti kepada masyarakat, sekolah juga merupakan matlamat, hasrat dan juga aspirasi kepada masyarakat. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, sekolah telah menyediakan pelajaran secara formal untuk melahirkan tenaga rakyat yang berkemahiran dan juga berpengetahuan tinggi. Kurikulum sekolah yang sejajar juga turut mengekalkan nilai, norma, kebudayaan dan falsafah hidup dalam masyarakat. Sekolah juga berperanan dalam memberi pertolongan kepada masyarakat dalam aktiviti-aktiviti kemanusiaan seperti khidmat bakti di rumah orang tua, lawatan ke pusat OKU (Orang Kurang Upaya), mengecat balairaya dan juga sebagainya. 

Di samping itu, sekolah juga bertindak selaku agen perubahan yang menerap dan memupuk ilmu dan idea-idea baru serta nilai-nilai murni. Dalam hal ini, guru berusaha mencari dan menggunakan teknik serta kaedah baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat murid. Seterusnya, sekolah juga mengendalikan bantuan kewangan kepada murid yang kurang berkemampuan terutamanya PIBG sekaligus menonjolkan usaha sekolah ke arah membentuk masyarakat penyayang. Sesi bimbingan dan kaunseling diberikan kepada murid yang bermasalah. Hal ini dapat memupuk sikap simpati di dalam kalangan murid dengan mngadakan lawatan ke rumah ornag tua, rumah anak yatim bagi menggalakkan mereka untuk dapat menderma.

 

RUJUKAN

Hasmizi Abdul Hamid. (2011, January 6). Sekolah dan Masyarakat adalah dua entiti yang saling memerlukan. http://miji75tm.blogspot.com/2011/01/sekolah-dan-masyarakat-adalah-dua.html [Diakses pada 2021, April 25]

 

Eow Yee Leng, Chuah Beng Ean. (2017, January). Penglibatan Ibu Bapa Dan Komuniti Dalam Memperkasakan Sekolah. https://www.researchgate.net/publication/319794654_PENGLIBATAN_IBU_BAPA_DAN_KOMUNITI_DALAM_MEMPERKASAKAN_SEKOLAHPENGLIBATAN_IBU_BAPA_DAN_KOMUNITI_DALAM_MEMPERKASAKAN_SEKOLAH [Diakses pada 2021, April 25]

 

Jessica Jawing. ( May, 11). Hubungan baik pihak sekolah, ibu bapa penting. https://www.utusanborneo.com.my/2016/11/05/hubungan-baik-pihak-sekolah-ibu-bapa-penting [Diakses pada 2021, April 25]

 

Zumurni Hamzah. (2016, Julai 21). Hubungan baik ibu bapa dengan guru mempengaruhi kejayaan anak. https://www.gpsbestari.com/aktiviti/sekolah/hubungan-baik-ibu-bapa-dengan-guru-pengaruhi-kejayaan-anak-1.543731 [Diakses pada 2021, April 25]

No comments:

Post a Comment

HUBUNGAN PIHAK SEKOLAH DAN MASYARAKAT

      Hubungan antara sekolah dan masyarakat merupakan satu bentuk jaringan yang kompleks. Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara ...